wajah muslim kini

Wajah muslim kini
Keprihatinan yang bermusim masyarakat Islam seluruh dunia yang sebenarnya terus menyumbang kepada penindasan saudara seIslam .Izin sekali kuperdengarkan sebuah cerita:
Pada suatu hari sekumpulan lelaki berhampiran dengan seorang wanita Islam yang bertudung. Maka kata seorangdaripadamereka:
“Lihat gadisitu.. cantiksekali.. mampukah kamu semua menunjukkan keberanianmu di hadapan dia?”
Jawab seorang daripada sahabatnya:
“ya, aku akan buktikan”
Lalu lelaki itu pun menghampiri gadisitu dan menguratnya.Tiba-tiba bangkit lagi seorang daripada mereka dan berkata:
“kamu tidak seberani aku. Lihatlah apa yang mampu aku lakukan kepadanya”
Lelak itu pun menghampiri gadis itu sambil menyentuhnya dengan rakus sekali. Sekembalinya dia, berkata pula lagi seorang:
“Aku lagi berani”
Lalu dia pun memperkosa dan menzalimi gadis itu walaupun melihat gadis itu sudah menjerit-jerit ketakutan.
Mereka ketawa berdekah-dekah sambil seorang lagi memukul dan membantai wanita itu demi hendak menunjukkan keberaniannya tanpa menghiraukan kezaliman yang dilakukan.
Dalam sedu gadis dan gelak tawa lelaki-lelaki kejam yang bersilih ganti itu tiba-tiba terdengar suara salah seorang dalam kalangan mereka yang bertanya tadi yang sekadar melihat segala perbuatan teman-temannya:
“sebenarnya akulah yang paling zalim dan kejam kerana tahukah kalian siapa gadis itu?dialah adik perempuanku .aku tidak mempertahankan dia malah membiarkan sahaja kalian mengganggu, menyeksa, memukul membantai, dan mencabul kehormatannya. Sedang aku tahu dia amat memerlukanaku.
Begitulah diibaratkan umat Islam sekarang yang sekadar melihat dan mendengar penindasan yang berlaku terhadap saudara semuslim di seluruh buana ini. Bukan tidak ada sumbangan tetapi semuanya dating bermusim. Baik sumbangan berbentuk kebendaan mahupun spiritual apatahlagi hendak mengharap sumbangan doa. Jadilah seperti Rasulullah sentiasa sahaja berdoa untukumatnya sedangkan roh kita pun belum lagi ditiupkan ke dalam Rahim ibu pada ketika itu.
“tidak beriman seorang muslim sehingga mencintai saudaranya seperti dia menyanyangi dirinya sendiri”.
Penindasan demi penindasan yang berlaku saban hari sejak dahulu lagi bagai menjadi perkara yang dilihat, didengar, tanpa diselami rasa kononnya sahaja berat mata memandang berat lagi bahu memikul dan berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Hakikatnya, tidak ramai lagi yang kisah apabila semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walaupun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan memberansangkan namun akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar tumpuannya hanya pada gosip-gosip artis dan kemenangan ahli sukan berbanding berita-berita peperangan atau pun manjadikan berita berita itu sekadar sebagai laporan semasa yang perlu diambiltahu tanpa ada rasa sesal ataupun sedih. Oleh sebab itulah, penindasan, genosid, penyembelihan, dan kematian manusia berleluasa yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Bosnia hanya sekadar menjadisuatu "berita rutin. "Senyapnya berita maka sepilah alam daripada laungan-laungan jihad empat penjuru dunia.
Umat Muhammad yang bermati-matian hendak mempertahankan Islam daripada diragut maruahnya oleh al-kafirun sememangnya akan diuji. Barat sememangnya tidak merisaukan keadaan umat Islam di sini kerana tiada protes atau jihad yang bersungguh demi menegakkan Islam malah umat Islam di Malaysia bagaikan lalang yang bias sahaja menyebelahi malah bersengkokol mana-mana pihak. Oleh itu, kita disibukkan dengan kebendaandan merasakan diri kita sentiasa dalam zon selesa. Sesungguhnya apa yang merisaukan umat Islam di negara-negara semuslim kita bukanlah pada peperangan yang bertubi-tubi di Negara mereka, bukan juga pada penyeksaan yang bertalu-talu pada anak-anak dan isteri mereka, apatahlagi saudara sedarah sedaging yang mati disembelih kerana itu semua adalah kemanisan dalam mengejar syahid, namunapa yang merisaukan mereka adalah pada kebejatan sosial yang menghantui saudara seagama mereka yang berada jauh daripada mereka. Betapa sayangnya mereka pada kita yang tak pernah bersua wajah namun manisnya ukhwahfillah mampu melangkaui jarak lautan dan daratan. Sedangkan kita berbangga-bangga dengan budaya hedonisme, malah mengagung-agungkan puak-puak antagonis di sana. Ramai dalam kalangan kita terlalu yakin bahawa dia tidak punya apa-apa yang mampu menbantu saudara di sana.Bukankah Allah tidak pernah memandang apa yang diberikan tapi seikhlas mana usaha untuk member itu?
Seseorang yang benar-benar beriman, walaubagaimanapun, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:
Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "YaTuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.