"Dia...insan yang kucinta...insan yang bisa menyedarkan aku dalam leka..bicaranya dari hati yang tak pernak nampak riak dimata..."
sayang my brother~~ along.... Read More......
Dalam lafaz kurungkai erti persahabatan
Pada tinta kucoretkan sebuah kenangan
Kunukilkan irama seni berteman
Rahsia percintaan dua merpati sejoli
Bukan seperti uda dan dara
Tak seromantik Romeo dan Juliet
Malah
Keagungan kasih sahabat
Menandingi cinta Teja dan Tuah
Izinkan daku memutus kata dua
Percayalah,
Bertapak pada sifatku yang setia…
Andai lelaki tidak terdahulu hadir dalam hidupku
Aku akan memilihmu untuk kusemadikan
Cintaku tanpa perlu ada kedua mahupun ketiga
Mengayuh dayung bahtera pemikiranku
Pada memori ukhwah
Dari segenap ruang
Bait-bait perkanalan
Yang berbaur keegoan
Bercampur kedegilan
Mengundang aneka persepsi pada riak wajahmu
Menghimpit rasa geram
Dan persepsi karut ini lah yang membataskan jarak antara kita
Kadangkala
Kita terleka
Kesibukan merebut ukhwah
Yang dekat terabai cuma
Merantai hati manusiawi
Mengukuh saf kepimpinan berkualiti
Menyemai benih kefahaman jitu
Mencuri masa menelaah
Semuanya itu
Merangkul jasad hati tanpa roh ukhwah hakiki
Dek kerana itu
Aku dan dikau lama telah bersama tanpa bersatu
Hambar hubungan yang serba keegoan ini..
Namun,
Takdir Allah menjemput kita
Ke halaman ukhwah fillah
Allah beri apa yang aku perlu
Bukan apa yang aku mahu
Inilah positifnya aku
Mencari apa baiknya dirimu
Ternyata
Dalam ketidaksamaan kita temui titik bersangkutan
Walaupun resepi persahabatn kita berbeza
Namun enaknya pada perselisihan faham
Bertengang urat bertekak lidah
Masing-masing mahu menegak diri
Egois yang merajai berantai-rantai
Membuatkan aku bermuhasabah semula
Siapakah aku tanpanya?
Dan apalah yang aku ada untuk dia?
Aku Cuma punya rasa kasih teman…
Sahabatku,
Aku rindu pada manjanya dirimu denganku
Aku tak suka ini dan itu kadangkala
Aku leterkan banyak hal membingitkan telinga
Tapi aku suka..
Macam-macam padamu
Aku kagum dengan rasa kecintaanmu pada insani
Aku suka dengan sifat pemurahmu
Lucu dengan telatahmu
Apabila berjaya mendapatkan kegemaranmu
Apatah lagi apabila dipuji mahupun sedang perasan
Lawak melihat gelagatmu
Menyumbang wang kepada penjual-penjual buku
Hormat melihatmu tidur bertemankan Kalam Allah
Ya,Aku yang mengenalimu
Tahu lebih dan kurangmu..
Sahabat,
Maafkanku jika
Suatu ketika nanti
Kita terpaksa berjauhan
Maafkanku andainya
Tak tertunai janji-janji
Ampunkan aku jika
Dalam gurauku ada hati yang terluka
Dalam sembangku
Ada kalam yang tak sempat kau bicara
Jika dalam kegelapanmu
Suluhanku tak sampai cahannya ke kornea pancaindera hidupmu
Sekiranya dalam tak sedar aku menyakitimu
Sungguh..
Dikaulah yang kupilih untuk termasuk dalam kalangan
Insan yang kusayang,
Ukhwah fillah abadan abada…
-istimewa buat sahabatku yang tersayang-
"Kadangkala sepatah kata memberi seribu makna, kadangkala sepatah kata bisa membawa bala"
Posted by Nuur | Permalink | 0 comments
Posted by Nuur | Permalink | 0 comments
Wajah muslim kini
Keprihatinan yang bermusim masyarakat Islam seluruh dunia yang sebenarnya terus menyumbang kepada penindasan saudara seIslam .Izin sekali kuperdengarkan sebuah cerita:
Pada suatu hari sekumpulan lelaki berhampiran dengan seorang wanita Islam yang bertudung. Maka kata seorangdaripadamereka:
“Lihat gadisitu.. cantiksekali.. mampukah kamu semua menunjukkan keberanianmu di hadapan dia?”
Jawab seorang daripada sahabatnya:
“ya, aku akan buktikan”
Lalu lelaki itu pun menghampiri gadisitu dan menguratnya.Tiba-tiba bangkit lagi seorang daripada mereka dan berkata:
“kamu tidak seberani aku. Lihatlah apa yang mampu aku lakukan kepadanya”
Lelak itu pun menghampiri gadis itu sambil menyentuhnya dengan rakus sekali. Sekembalinya dia, berkata pula lagi seorang:
“Aku lagi berani”
Lalu dia pun memperkosa dan menzalimi gadis itu walaupun melihat gadis itu sudah menjerit-jerit ketakutan.
Mereka ketawa berdekah-dekah sambil seorang lagi memukul dan membantai wanita itu demi hendak menunjukkan keberaniannya tanpa menghiraukan kezaliman yang dilakukan.
Dalam sedu gadis dan gelak tawa lelaki-lelaki kejam yang bersilih ganti itu tiba-tiba terdengar suara salah seorang dalam kalangan mereka yang bertanya tadi yang sekadar melihat segala perbuatan teman-temannya:
“sebenarnya akulah yang paling zalim dan kejam kerana tahukah kalian siapa gadis itu?dialah adik perempuanku .aku tidak mempertahankan dia malah membiarkan sahaja kalian mengganggu, menyeksa, memukul membantai, dan mencabul kehormatannya. Sedang aku tahu dia amat memerlukanaku.
Begitulah diibaratkan umat Islam sekarang yang sekadar melihat dan mendengar penindasan yang berlaku terhadap saudara semuslim di seluruh buana ini. Bukan tidak ada sumbangan tetapi semuanya dating bermusim. Baik sumbangan berbentuk kebendaan mahupun spiritual apatahlagi hendak mengharap sumbangan doa. Jadilah seperti Rasulullah sentiasa sahaja berdoa untukumatnya sedangkan roh kita pun belum lagi ditiupkan ke dalam Rahim ibu pada ketika itu.
“tidak beriman seorang muslim sehingga mencintai saudaranya seperti dia menyanyangi dirinya sendiri”.
Penindasan demi penindasan yang berlaku saban hari sejak dahulu lagi bagai menjadi perkara yang dilihat, didengar, tanpa diselami rasa kononnya sahaja berat mata memandang berat lagi bahu memikul dan berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Hakikatnya, tidak ramai lagi yang kisah apabila semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walaupun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan memberansangkan namun akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar tumpuannya hanya pada gosip-gosip artis dan kemenangan ahli sukan berbanding berita-berita peperangan atau pun manjadikan berita berita itu sekadar sebagai laporan semasa yang perlu diambiltahu tanpa ada rasa sesal ataupun sedih. Oleh sebab itulah, penindasan, genosid, penyembelihan, dan kematian manusia berleluasa yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Bosnia hanya sekadar menjadisuatu "berita rutin. "Senyapnya berita maka sepilah alam daripada laungan-laungan jihad empat penjuru dunia.
Umat Muhammad yang bermati-matian hendak mempertahankan Islam daripada diragut maruahnya oleh al-kafirun sememangnya akan diuji. Barat sememangnya tidak merisaukan keadaan umat Islam di sini kerana tiada protes atau jihad yang bersungguh demi menegakkan Islam malah umat Islam di Malaysia bagaikan lalang yang bias sahaja menyebelahi malah bersengkokol mana-mana pihak. Oleh itu, kita disibukkan dengan kebendaandan merasakan diri kita sentiasa dalam zon selesa. Sesungguhnya apa yang merisaukan umat Islam di negara-negara semuslim kita bukanlah pada peperangan yang bertubi-tubi di Negara mereka, bukan juga pada penyeksaan yang bertalu-talu pada anak-anak dan isteri mereka, apatahlagi saudara sedarah sedaging yang mati disembelih kerana itu semua adalah kemanisan dalam mengejar syahid, namunapa yang merisaukan mereka adalah pada kebejatan sosial yang menghantui saudara seagama mereka yang berada jauh daripada mereka. Betapa sayangnya mereka pada kita yang tak pernah bersua wajah namun manisnya ukhwahfillah mampu melangkaui jarak lautan dan daratan. Sedangkan kita berbangga-bangga dengan budaya hedonisme, malah mengagung-agungkan puak-puak antagonis di sana. Ramai dalam kalangan kita terlalu yakin bahawa dia tidak punya apa-apa yang mampu menbantu saudara di sana.Bukankah Allah tidak pernah memandang apa yang diberikan tapi seikhlas mana usaha untuk member itu?
Seseorang yang benar-benar beriman, walaubagaimanapun, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:
Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "YaTuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)
Posted by Nuur | Permalink | 0 comments
Semurni mana deraian hujan
sesuci itulah luahan perasaan seorang perempuan
Aku bagai air laut yang pelbagai ragamnya
kadangkala panas kadangkala sejuk
kadangkala tenang kadangkala ribut
apabila ombak memukul membantai
tenangnya laut kian berkocak
khazanah alam termusnah kini
semakin jauh laut berlari semakin banyak pengalaman diri
semakin banyak yang ditempuhi
semakin banyak hati disakiti
semakin banyak yang ditemui
semakin merana jiwa ini
semakin jelas alam realiti
semakin dekat dengan fantasi
aku ingin mengorak langkah
ibarat ombak yang sering menerjah
aku ingin berdiam diri
ibarat laut yang senang menyendiri
namun aku tetap aku
aku takkan menjadi sesiapa
aku manusia ciptaan tuhan
berkehendak tapi tak berkesempatan
aku khalifah Allah bumi kudukung berdiri gagaah
aku hamba selemah hamba
ingin kaya tetapi papa
aku ingin benih sejati tak mahu aku merosak diri
aku wanita punya perasaan ingin belaian kasih dan ihsan
aku pemimpin kepada rakyat
menegak kebenaran tak mahu tergugat
aku insan cemerlang gemilang
mahu hidup disenangi orang
sungguhpun begitu
aku gagal aku kecundang
segala yang datang telah kutendang
aku sedih sungguh kecewa
hasrat impianku tidak terlaksana
aku tidak berputus asa
hidup dan perjuangan terus meredah masa
tapi aku ingin mancari
suatu benda yang aku tak pasti
senakin lama aku mencari
semakin kusut pemikiran ku ini
semakin aku terus mencari
semakin tidak aku temui
lain benda yang aku cari
lain benda yang menanti
aku sunyi aku bosan
benda kucari tiada kesamapaian
aku geram aku menyampah
hidupku kini semakin lemah
aku sakit aku perit
hidupku manjadi semakin sempit
aku bosan aku rindu
tiada tempat ingin mengadu
semua sibuk mengejar masa
tiada tempat kuluah rasa
aku masih tak henti mencari walau yang kucari taiada ambil peduli
adakah aku perlu berhenti
atau koma selama-lamanya
aku masih mempersoalkannya..
Posted by Nuur | Permalink | 0 comments
Wanita itu juga hamba Allah,umat nabi,khalifah di muka bumi,anak daripada benih sejati,saudara,teman, dan mereka juga mungkin pelajar atau pendidik,tukang masak,pengacara,artis,penari,tentera,ahli sukan,atau sesiapa sahaja.Namun,apa yang pasti suatu lumrah yang tak bias dibohongi ialah mereka adalah wanita.wanita yang ditakdirkan menjadi pasangan kepada lelaki.penenang kepada jiwa tegar lelaki.wanita bagaikan pelembut pakaian yang menghaluskan kedutan dalam proses basuhan.semakin bergelodak putaran pakaian semakin banyak kedutan.namun dengan adanya pelembut fabrik ini mampu mengurangkan kesan kisaran disamping mengelok wajah cucian.Apatah lagi haruman yang menenangkan.Itulah ibaratnya wanita yang hadir di ketika wira kesulitan, yang menenangkan tatkala si jejaka kegentaran.wanita sebenarnya tak bisa menjadi seperti lelaki kerana kesempitan peluang yang dimiliki apatah lagi kelemahan yang difitrahkan kepada mereka.namun begitu, seperti air dan makhluk lain di buana ini.70% itu adalah air..hanya 30% merangkumi bentuk muka bui yang lain.Namun, tanpa 30 ini mana mungkin bumi bias tegak berdiri.tanpa wanita yang hanya punya peratusan kecil mana mungkin mampu kaum Adam mengorak langkah untuk bertapak ke pandakian mereka.status sebagai wanita adalah anugerah terindah dari Allah kerana dengannya dia mendapat kecantikan fizikal,mendapat Rahim yang bias mengandungkan bayi suci..
Read More......
Posted by Nuur | Permalink | 0 comments