"Dia...insan yang kucinta...insan yang bisa menyedarkan aku dalam leka..bicaranya dari hati yang tak pernak nampak riak dimata..."
sayang my brother~~ along....

Read More......

CINTAKU


“ CINTA ITU DATANG DENGAN SEBAB, CINTA LENYAP DENGAN LENYAPNYA SEBAB, SEBAB KAN LAH CINTA ITU KERANA YANG KEKAL, DAN DIA CUMA 
ALLAH SWT ”

Dalam tempoh yang aku lalui
Penuh onak liku dan duri
Tak siapa yang mengetahui
Apatah lagi ada yang benar memahami

Aku terdengar pepatah lama
Yang bercerita tentang peribadi itu tak sebijak mana
Namun aku tetap percaya
Bahawa perkongsian ini bukanlah sia-sia

Dalam tempoh aku kesunyianku tanpa cinta
Melihat ramai teman bagaikan bahagia
Tangis mereka ada yang mendengarnya
Tawa dan gelak punya teman istimewa

Kesepian mengetuk hati untuk mencuba
Membuka hati pada seorang jejaka
Pendedahan agama yang masih cetek dan zahir sahaja
Disamping aku rasa sudah dewasa

Cintaku bermula dengan perantaraan
Mak saudara jadi wakilnya
Dipujuk rayuku sampai mengalir air mata
Seolah aku lah wanita terbaik dalam dunia

Maka aku yang lembut hati
Terlahir rasa simpati
Tak sampai hati menolak cinta lelaki
Apatah lagi sepupu sendiri

Tak kunafi ada bahagia dalam hubungan
Tiap gerak ku pasti berteman
Walau jauh di mata namun telefon sentiasa di tangan
Cinta pertama memang terlalu banyak kenangan

Namun cinta itu menjauhkan daku dari keluarga
Aku mula rasa bahawa aku bagaikan hidup di alam yang berbeza
Khayalan yang aku bina
Untuk hidup bersama dengannya
Tinggal cuma kenangan yang memang tak lagi aku semadikan
Entah mengapa tiba-tiba rasa itu kabur dan terkubur
Hanya kerana kehadiran orang ketiga

Kecewa yang aku rasa
Cuma kerana bagaikan banyak yang aku korbankan
Tak sangka bukan dia rupanya jodoh yang ditakdirkan
Dan takkan mungkin terjalin lagi hubungan dengan sidia

Ku teruskan hidup dalam kekecewaan
Emosi yang tak stabil
Malah keluarga yang jauh mendesak hati rasa kesepian
Hadir lelaki kedua sebagai menghibur hati yang luka
Bukan aku cinta tapi cintaku kerana kasihan
Wajahnya sungguh menyejukkan
Tingkahnya terlalu sopan
Budinya sangat menenangkan
Maka aku pun terima dengan penuh ihsan

Cinta yang kedua agak berbeza
Kerana aku bagaikan terpukau dengan layanan yang mesra
Maka aku tak sedar antara pahala dan dosa
Sampai lah khabarku tersebar ke pengetahuan ibubapa

Aku mendapat beberapa kekuatan untuk meninggalkan jejaka seberang
Jasamu jemaah takkan pernah kulupa
Menerimaku dengan penuh berlapang dada
Siapa pun ak memang mereka tak pernah tahu
Tapi sejauh mana penampilanku mungkin mereka dapat meneka
Keakrabanku dan ukhwah mengikat hatiku pada jemaah

Kekuatanku yang lain adalah kerana teguran seorang ayah
Rindu pada pelukan seorang bapa
Hanya dengan satu lafaz nasihat darinya
Aku berjaya meninggalkan cinta yang tiga bulan itu

Dalam usaha aku meninggalkan cinta kedua
Aku juga mula mengenali jemaah
Namun mungkin aku tersilap langkah
Dalam perkenalan berkenalan pula aku dengan senior

Hubungan yang semakin erat membuahkan bibit cinta
Ya..mungkin ini cinta sejati
Yang aku tercari-cari
Sampaikan terperangkap dengan dua lelaki

Semakin aku mengenali dia
Semakin aku berasa curiga
Keprihatinannya mungkin tersirat makna luar biasa
Rupanya tak salah aku meneka

Darah yang muda masih mengalir
Serik masih belum hadir
Kujalin kan cinta
Namun kali ini kerana aku benar-benar jatuh cinta

Terlalu sukar hendak diungkap dengan kata-kata
Tentang kisah percintaan kali ketiga
Lima tahun kami bercinta
Tapi aku tak pasti dan aku curiga
Bukan sengaja tak mahu percaya
Tapi aku tak rasa dihargai sebagai pasangan bercinta
Apakah mungkin aku ini teman jiwa
Atau cuma peneman setia
Yang hadir waktu susahnya
Yang ada diwaktu sepinya
Atau dia yang belum bersedia
Tidak mengapa aku terus menanti
Menunggu dia bersikap lebih dewasa
Bukan aku memaksa
Tapi aku cuma mahu bahagia

Lima tahun percintaan
Hanya tahun terakhir dia menjadi orang yang terawal mengucapkan hari kelahiranku
Tahun-tahun sebelumnya
Dia yang terakhir atau keesokannya
Apatah lagi hadiah atau cenderamata

Apakah aku ini dihargai?

Dan banyak lagi yang tak perlu nak dikongsi
Yang tinggal Cuma makan hati
Penantianku kini sudah berakhir
Bukan kerana aku tak setia
Bukan kerana dia tak berharta
Bukan juga kerana ada yang ketiga
Tidak kerana apa-apa
Melainka kerana aku jumpa sebab cinta
Kerana aku ini raja segala simpati
Aku simpati melihat kesusahan orang lain
Aku cuba nak bersama dengan mereka

Membantu mereka dalam pelajaran
Mambantu mereka kukuhkan kehidupan
Membantu memberi semangat bila kejatuhan
Membantu hiburkan bila kesunyian
Dengan celoteh ku yang pelbagai ragam

Namun simpati ini sudah lenyap kerana sikap mereka yang tak pernah menghargai erti kasih sayang. Aku boleh nak cinta tapi rasa cinta ini sudah mati. Aku dah terlalu terseksa. Jangan ganggu kehidupan ini.
Pergi lah duhai mereka yang bernama lelaki.
Aku akan bernikah dengan piilihan emak dan ayah. Tanpa aku kenal siapa dia. Mungkin itu yang lebih tak mengecewakan…



Read More......
Powered by Blogger.