Apa ertinya pada usia 20-an?

“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas

berkeadaan lemah itu menjadikan kamu kuat. Setelah itu menjadikan kamu

lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakinya dan

Dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”.

(Surah Al-Rum: 54)



Usia 20-an merupakan usia pertengahan remaja yang sudah mempunyai pemikiran yang matang dan wajar diberikan hak untuk berdikari. Sesungguhnya remaja adalah golongan yang sering dicari,dijadikan tumpuan para ilmuan,artisan,politik dan banyak lagi. Hal ini kerana kemampuan yang dimiliki oleh golongan istimewa ini. Sekiranya warga tua ditingkatkan darjatnya dengan gelaran “warga emas” apakah mungkin boleh saya gelarkan golongan remaja adalah “nadi masyarakat” kerana nyawa adalah lebih berharga daripada emas. Bukan bagi saya untuk menafikan keistimewaan dan darjat warga emas yang sewajarnya dihormati dan disanjungi namun hal pokoknya adalah usia remaja yang merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan kerana itu ramai orang mengalami kecemasan di usia 20-an karena usia tersebut adalah masa pertama kali mereka menjalani kehidupan sesungguhnya. Tidak hairanlah sekiranya ibu bapa,orang awam,pendidik,ahli politik,media malah ramai lagi sibuk bicara tentang remaja dan perkara yang bersekitar dengannya. Tidak kurang juga yang berdiskusi tentang permasalahan remaja seperti ketagihan dadah, melacur, merompak, menghuni kelab-kelab malam, bertebaran di kaki jalan, mendabik dada beraksi di litar haram, menjual maruah dan harga diri, membonekakan anak , membunuh, dan pelbagai kegiatan negatif. Positif atau negatinya remaja pada pada usia 20-an adalah bergantung pada apa yang ditargetkan untuk kehidupannya dan apa yang ditargetkan untuk kehidupannya adalah berdasarkan apa yang diajarkan kepada mereka untuk mereka sasarkan dalam kehidupan. Ajaran ini boleh jadi berbentuk tersurat dan mungkin juga tersirat. Hal ini juga boleh bersifat secara lansung mahupun tidak lansung. Tidak semestinya diajarkan oleh guru yang secara formalnya dia adalah guru kepada seorang remaja. Namun, realitinya ibubapa adalah guru di rumah. Media juga adalah pendidik minda dan pemikiran remaja. Begitu juga dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, remaja yang terbentuk pada hari ini adalah acuan oleh remaja pada masa lampau. Hadith meriwayatkan bahawa:

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah

yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Mengapa tidak digarap pengalaman Rasulullah mendidik Saidina Ali sehingga mampu menjadi pemuda gagah dan kental menghadapi dugaan hidup. Saidina Ali merupakan remaja yang suci daripada amalan penghambaan berhala memanjakan dirinya dengan kalam Allah dan menghiasi ilmu di dada sehingga pernah digelarkan oleh Rasulullah sebagai kunci ilmunya dalam sabdanya:

“Sesungguhnya aku adalah pintunya,namun Ali lah kunci bagi ilmu itu”

Apakah mungkin ada lagi remaja yang sehebat ini pada masa kini? Pendidikan Rasulullah saw benar-benar telah menghidupkan akal dan jiwa Saidina Ali sehingga memiliki kemampuan di luar jangkaan fikiran manusia biasa. Seorang remaja yang baru menjangkau umur awal dewasa telah menjadi aset yang sangat berharga kepada bangsa, agama dan negaranya.

Sebenarnya, pada usia 20-an remaja sedang menghadapi saat-saat genting untuk memikirkan tentang banyak perkara atau disebut sebagai “quarterlife crisis”. Tahap kehidupan “quarterlife crisis” mulai diperkenalkan oleh Abby Wilner dan Alexandra Robbins dalam bukunya ”Quarterlife Crisis: The Unique Challenges of Life in Your Twenties” pada 2001 berisi seputar bagaimana Anda menghadapi tantangan unik di usia 20-an. Ia menuliskan, lompatan kehidupan dari dunia akademis menuju dunia profesional sering menyakitkan dan memicu respon ketidakstabilan luar biasa pada diri seseorang. Perubahan yang awalnya terasa begitu konstan dihadapkan dengan beragam pilihan yang tak jarang memunculkan rasa panik tak berdaya. Ketidakstabilan, perubahan, dan rasa tak berdaya inilah yang seringkali menimpa pemilik usia 20-an. Namun, ini merupakan hal alamiah menurut kata Deborah Smith, Professor Sosiologi di University of Missouri - Kansas City. Hal ini disebabkan secara fitrahnya manusia berkehendak pada apa yang lebih baik dan kehendak ini lah yang memberi tekanan kepada remaja yang baru sahaja menapak pada dunia realiti iaitu untuk mencapai apa yang terbaik untuk dirinya.

Apa yang lebih baik itu adalah sesuatu yang subjektif pada mata hati seseorang remaja. Oleh itu, sewajarnya remaja punya panduan yang mampu membariskan mereka pada saf yang telus dan benar. Tidak ada lain melainkan iman dan ilmu. Remaja sewajarnya tahu apa yang dilakukan untuk dirinya dan harga diri seseorang itu adalah apa yang dilakukan untuk dirinya.

“Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara iaitu masa engkau hidup

sebelum mati, masa engkau sihat sebelum sakit, masa engkau lapang sebelum

sibuk, masa engkau muda belia sebelum tua dan masa engkau kaya sebelum

miskin”.

(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Read More......
Powered by Blogger.